Pages

Tuesday, December 25, 2012

KISAH AKU & UiTM



Assalammualaikum dan salam sejahtera, nama aku izam, aku merupakan salah seorang pelajar dari UiTM Segamat dan mengambil jurusan Ijazah sarjana Muda Perbankan Islam, Sekarang ni aku sudah pun berada di tahun akhir, dan sedang di ambang final exam. N lepas ni aku akan menyambung praktikal di Melaka. Berbalik pada motif utama cerita ni, aku dari bangku sekolah bukan lah seorang pelajar yang pandai, aku boleh di tergolongkan dalam kategori pelajar yang lemah. Bayangkan  subjek Matematik aku just pandai basic Mat je.. tambah,tolak,darab n bahagi je,,,tu pon terkial2 jugak nak kira. Subjek lain lagi lah hancur termasuklah English. Sangat lah teruk. Senang citer SPM aku xde satu pon A, dan yang lain semua cukup2 makan. Dan tak layak langsung untuk masuk U. Tapi aku seorang yg suka berangan dapat masuk U, I mean IPTA lah. Aku tak tahu ape yg boleh buat parents aku gembira, dah lah dia dapat anak yg xpandai macam aku ni, n aku pulak berlagak macam pandai. Susah betul, setengah tahun terlelah pon berlalu, rakan2 ku semua dah melanjutkan pelajaran di IPT. Aku pula masih bekerja, bila aku dan kwan2 duk bersama, mereka akan menceritakan pengalamn belajar di tempat masing2, aku hanya mampu dengar dan senyap, maklumlah xde apa hendak di ceritakan. Rasa ingin berlajar membuak2 dalam diri aku. N suatu hari aku dapat tawaran Belajar di salah satu IPTS di Selangor dalam jurusan Syariah, aku mengeluarkan hasrat pd parents aku, tapi memandangkan time tu umah aku sedang di renovetkan dan parents aku perlukan duit untuk menampong kos renovation. Aku  pon mengalah, mungkin bukan rezeki aku time tu, dan seminggu selepas tu aku dapat tawaran PRA DIPLOMA dari Uitm. Aku agak terkejut dan gembira, sebenarnya cousin aku ade cadangkan kan aku apply pra diploma uitm. Dan sesuatu yg xsangka telah  pon berlaku, Syukur pada Allah, itulah hikmah yg Allah beri selepas aku tangguhkan untuk sambung di IPTS. Ini satu hikmah yg aku tk sangka coz member aku yg keputusannya better dari aku xdapat pon Pra Dip. Mungkin inilah rezeki aku, dan sebelum aku dapat uitm aku ada berhasrat if aku dapat IPTA, aku akan berlajar rajin2. Akhirnya aku pon masuk lah pra dip di uitm Bukit Besi Terengganu. Kemasukan aku ke UITM tidak di ketahui oleh sedara mara ku, coz aku takut aku tak mampu buat yang terbaik di Pra Dip yang hanya belajar English dan matematik, 2x adalah subjek yg aku sangat lemah. Semua Kuiz pertama aku failed. Dah lah mate Melayu pon aku xboleh perform, ni kan bhasa English, tapi berkat semangat pensyarah Mat aku yg nak kan aku lepas, aku tukar persepsi aku. N sejak tu aku stdy bersunguh2 , aku tak nak malu kan mak n ayah aku disebabkan kebodohan aku sampi kene buang dari uitm, aku berterima kasih pada KP pra time tu coz psiko kite orang habis2san. Terima kasih jgk kat ustaz sekolah aku coz buat aku rasa tercabar dengan2 kate2 die. Finally aku dapat A- untuk Mat, n c untuk Bell. Aku tetap besrsyukur coz aku masih berpeluang untuk mnymbung diploma, berbading rakan2 yg xdapat sambung. Di peringkat diploma pulak rakan2 sekelas ku semua dari Pra dip yg sama, so cara semuanya sama n sedihnya, di semsesta dua, 12 orang dari rakan2 sekelasku yan di berhentikan coz result xperform, aku bersyukur coz aku tergolong di antara yang terselamat. Dan aku hbskan Diploma aku dengan jayanna with result yg biase2je… tp aku tetap bersyukur coz aku diberi peluang untuk smbg ijazah, sehingga sekarang Alhamdulilah result aku  3.o ke atas.


Matlamat aku tulis cerita ni bukan lah apa, Cuma nk bukak mate orang yg xreti nak bersyukur bila dah diterima masuk U. wlaupon result korang layak untuk masuk U, jgnlah korang xbersyukur dengan apa yg korang dapat sekarang, dengan complain sane sini xcukup. Kalau korang berada di tempat aku mungkin korang akan sangat bersyukur, kalau dulu I have nothing, now I have something. Ramai lagi orang impikan nak masuk  U, tapi xdapat coz result die orang tak layak. Tapi once kite dah diberi peluang dan jalan, hargailah dengan bersyukur dan buat dengan bersungguh-sunguh. Jangan asyik nak complain je sana- sini. Aku bersyukur pada Allah coz aku diberi peluang untuk Masuk IPTA seperti mana Ibu bapa kita inginkan. Walaupon aku bukan lah pelajar cemerlang, tapi aku xpenah rasa ingin berhenti separuh jalan, aku xnak malukan mak dan ayah aku if aku kene buang coz result xbgus. Cukupalah aku malukan mereka dengan result aku yg teruk dari zaman sekolah.
Kawan2, apa yg saya cuba sampaikan kat sini, tanamkanlah rasa syukur kita padaAllah. Kita mungkin bernasib baik terpilih untuk ke u. mcm ne  dengan orang yg langsung xdapat?? Kita tak penah fikir, beribu2 orang lagi yg menantikan peluang untuk masuk ke peringkat u. tapi kita yang sudah berada di sini hanya sia2kan je, klu aku yang dulunya satu A pon xde dalam SPM boleh ke peringkat sekarng ni, mcm mana pulak dengan korang yg 5,6 A??

Dan one more thing, rajin2 lah amalkan solat dhuha, percaye lah nikmat Allah akan meningkat jika kite sentiase amalkan solat dhoha. Mungkin bukan in term of duit, mb dgn cara lain,, Allah maha pemurah. Jangan kedekut untuk berdoa. Dan akhir sekali terima kasih Allah, terima kasih ibu bapa ku dan terima kasih Uitm, tanpa ini semua mungkin sekarang ni aku hanyalah nothing.

18 comments:

  1. Alhamdulillah ! Semoga berjaya di dunia & akhirat :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah~ Barakallahufik :)

    ReplyDelete
  3. terbaik dan tahniah bro, semoga ramai anak melayu yang sedar peluang yang diberi digunakan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Smg lebih berjaya pada masa akan datang. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih sudi kongsikan kisah yang bermanafaat ni khususnya untuk anak2 muda kita..smoga terus berjaya bro..

    ReplyDelete
  6. Plajar tahun akhir SM Kejuruteraan Uitm Shah alam.
    Sebagai rakan seperjuangan aku bangga ngn ko beb..
    Moga Allah berkati perjalan hidup kita di alam pekerjaan pulak :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..sebab kita adaah antara golongan yang beruntung..anyway sy pun senasib dgn awk.. dr pra diploma then msuk diploma... pape pun kita tetap antara insan yang beruntung kerana terplih dalam senarai UiTM..
    lastly.. Uitm tetap dihatiku kerana telah banyak menolong anak melayu anak bangsa kita.. :D

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..finally awk dpt ape y awk impikan..honestly,kisah awk dr awal smpai akhir sngat same dgn saye..sy hmpir nk quit coz sy give up dgn course yg sye amik ni..and awk da sedarkan sy , kte ptt b'syukur dgn ape yg kte dpt..dlu sy pra uitm segamat :) UiTM dihatiku :)

    ReplyDelete
  9. ..Salam 1 UiTM..moga apa yg diharapkan akan tercapai suatu hari nanti..sama2 la kita mencapai kejayaan..bersatu kita warga UiTM..

    ReplyDelete
  10. salam. perkongsian yg sgt menarik yg membuatkan saya tersedar. semua org nak berjaya dalam hidup,dunia dan akhirat tapi Allah s.w.t tak bagi kita cara yang sama. yg pnting gunakan kesempatan yang ada.selagi masih dipinjamkan nyawa selagi tu ada rezeki untuk kita :)

    ReplyDelete
  11. all the best bro..smoga berjaya d dunia dan d akhirat..i allah..sama2 kita berjasa kepada agama ALLAH yg sangat suci ni..

    ReplyDelete
  12. slm..bobo..tahniah..sy bangga sgt2 dgn awak.btw sy nak tanya lah..untuk pre diploma ni intake die sbrnye bila eh..x clear sgt lahh psl pre dip ni..sy nak applykan utk adik sy..:(

    ReplyDelete
  13. Terima kasih...ini lah blog yg akak cari...minta izin share utk anak yg baru masuk pra dip @ UiTM Pahang...biar dia bersemangat lg nak belajar.

    ReplyDelete
  14. kalo x blh bwk lgsg even dah try,mcm mne?lgpon sye pnh sakit teruk smasa final exam n skrg xde smgt kgsg utk truskn.ingt nak apply kos yg mudah sbbnye asasi yg sye amek skrg byk subjek mnghafal n sye bkn jnis ske mghafal.hrp blh bg resolusi bg mslh sye at solehah.fs@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  15. salam, sy skrg bljar d tgktn 6 bwh, dlu msa spm sy nie bdk science stream,, bla dah kluar result, sains tu xbrapa ok..jdi, sy dtwarkan utk msuk ke form6.. msa tu sy t'ingin nk msk uitm sbp nk ambl bhgian reka bntuk, sy mnat sgt dngan bidang tu.. tpi 1 twran pn xdpt msa isi upu dlu,mgkin sbp xda asas mlkis.. so, tpksa jak lah msk kt form6 nie, tpi xbrapa minat sngat dngan sbjek ekonomi nie, coz ekonomi ni sgt susah bgi sy, sy da b'cdg nk smbng bljar pra diploma uitm sbp cra tu jak dpt msuk bhgian diploma reka bntuk, so.. pndangan tuan empunya blog mcm mna ?

    ReplyDelete
  16. insaf baca entry ko..
    terima kasih kawan kerana menyedarkan aku...
    :')

    ReplyDelete
  17. thanks abam bobo for such an inspiring entry :') mia batch 96 dan mmg impian mia utk sambung belajar di ipta. hope my dreams will come true . :D such a nice story

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.. saya ingin bertanya tentang ijazah perbankan islam yg ditawarkan di UITM.. tetapi semasa ingin mengisi borang UPU saya tidak menjumpai diploma Perbankan Islam.. Diploma mana yang perlu saya ambil untuk melayakkan saya menyambung ke Ijazah perbankan islam di UITM? adakah diploma pengajian perbankan? kerana saya ada terbaca diploma yang diperlukan adalah diploma pengurusan dan perniagaan.. TK :)

    ReplyDelete