Pages

Tuesday, December 25, 2012

Forgive me by Maher Zain

I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even though I try to stay awake
everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself
what if my time would end today, today, today,
Can I guarantee that I will get another chance
before it's too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do?
Oh, I feel so bad
And everytime I try to start all over again
my shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away

but temptation is surrounding me
[From: http://www.elyrics.net ]

I wish that I could find the strength
to change my life before it's too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

I know, Oh Allah, you're the most forgiving
and that you promised to always be there
when I call upon you
So now I'm standing here ashamed of all the mistakes I've commited
Please don't turn me away
and hear my prayer when I ask you to

Forgive me
my heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent
x3


Piss : Lirik lagu ni sangat meaningfull... Ya'allah forgive me...

KISAH AKU & UiTM



Assalammualaikum dan salam sejahtera, nama aku izam, aku merupakan salah seorang pelajar dari UiTM Segamat dan mengambil jurusan Ijazah sarjana Muda Perbankan Islam, Sekarang ni aku sudah pun berada di tahun akhir, dan sedang di ambang final exam. N lepas ni aku akan menyambung praktikal di Melaka. Berbalik pada motif utama cerita ni, aku dari bangku sekolah bukan lah seorang pelajar yang pandai, aku boleh di tergolongkan dalam kategori pelajar yang lemah. Bayangkan  subjek Matematik aku just pandai basic Mat je.. tambah,tolak,darab n bahagi je,,,tu pon terkial2 jugak nak kira. Subjek lain lagi lah hancur termasuklah English. Sangat lah teruk. Senang citer SPM aku xde satu pon A, dan yang lain semua cukup2 makan. Dan tak layak langsung untuk masuk U. Tapi aku seorang yg suka berangan dapat masuk U, I mean IPTA lah. Aku tak tahu ape yg boleh buat parents aku gembira, dah lah dia dapat anak yg xpandai macam aku ni, n aku pulak berlagak macam pandai. Susah betul, setengah tahun terlelah pon berlalu, rakan2 ku semua dah melanjutkan pelajaran di IPT. Aku pula masih bekerja, bila aku dan kwan2 duk bersama, mereka akan menceritakan pengalamn belajar di tempat masing2, aku hanya mampu dengar dan senyap, maklumlah xde apa hendak di ceritakan. Rasa ingin berlajar membuak2 dalam diri aku. N suatu hari aku dapat tawaran Belajar di salah satu IPTS di Selangor dalam jurusan Syariah, aku mengeluarkan hasrat pd parents aku, tapi memandangkan time tu umah aku sedang di renovetkan dan parents aku perlukan duit untuk menampong kos renovation. Aku  pon mengalah, mungkin bukan rezeki aku time tu, dan seminggu selepas tu aku dapat tawaran PRA DIPLOMA dari Uitm. Aku agak terkejut dan gembira, sebenarnya cousin aku ade cadangkan kan aku apply pra diploma uitm. Dan sesuatu yg xsangka telah  pon berlaku, Syukur pada Allah, itulah hikmah yg Allah beri selepas aku tangguhkan untuk sambung di IPTS. Ini satu hikmah yg aku tk sangka coz member aku yg keputusannya better dari aku xdapat pon Pra Dip. Mungkin inilah rezeki aku, dan sebelum aku dapat uitm aku ada berhasrat if aku dapat IPTA, aku akan berlajar rajin2. Akhirnya aku pon masuk lah pra dip di uitm Bukit Besi Terengganu. Kemasukan aku ke UITM tidak di ketahui oleh sedara mara ku, coz aku takut aku tak mampu buat yang terbaik di Pra Dip yang hanya belajar English dan matematik, 2x adalah subjek yg aku sangat lemah. Semua Kuiz pertama aku failed. Dah lah mate Melayu pon aku xboleh perform, ni kan bhasa English, tapi berkat semangat pensyarah Mat aku yg nak kan aku lepas, aku tukar persepsi aku. N sejak tu aku stdy bersunguh2 , aku tak nak malu kan mak n ayah aku disebabkan kebodohan aku sampi kene buang dari uitm, aku berterima kasih pada KP pra time tu coz psiko kite orang habis2san. Terima kasih jgk kat ustaz sekolah aku coz buat aku rasa tercabar dengan2 kate2 die. Finally aku dapat A- untuk Mat, n c untuk Bell. Aku tetap besrsyukur coz aku masih berpeluang untuk mnymbung diploma, berbading rakan2 yg xdapat sambung. Di peringkat diploma pulak rakan2 sekelas ku semua dari Pra dip yg sama, so cara semuanya sama n sedihnya, di semsesta dua, 12 orang dari rakan2 sekelasku yan di berhentikan coz result xperform, aku bersyukur coz aku tergolong di antara yang terselamat. Dan aku hbskan Diploma aku dengan jayanna with result yg biase2je… tp aku tetap bersyukur coz aku diberi peluang untuk smbg ijazah, sehingga sekarang Alhamdulilah result aku  3.o ke atas.


Matlamat aku tulis cerita ni bukan lah apa, Cuma nk bukak mate orang yg xreti nak bersyukur bila dah diterima masuk U. wlaupon result korang layak untuk masuk U, jgnlah korang xbersyukur dengan apa yg korang dapat sekarang, dengan complain sane sini xcukup. Kalau korang berada di tempat aku mungkin korang akan sangat bersyukur, kalau dulu I have nothing, now I have something. Ramai lagi orang impikan nak masuk  U, tapi xdapat coz result die orang tak layak. Tapi once kite dah diberi peluang dan jalan, hargailah dengan bersyukur dan buat dengan bersungguh-sunguh. Jangan asyik nak complain je sana- sini. Aku bersyukur pada Allah coz aku diberi peluang untuk Masuk IPTA seperti mana Ibu bapa kita inginkan. Walaupon aku bukan lah pelajar cemerlang, tapi aku xpenah rasa ingin berhenti separuh jalan, aku xnak malukan mak dan ayah aku if aku kene buang coz result xbgus. Cukupalah aku malukan mereka dengan result aku yg teruk dari zaman sekolah.
Kawan2, apa yg saya cuba sampaikan kat sini, tanamkanlah rasa syukur kita padaAllah. Kita mungkin bernasib baik terpilih untuk ke u. mcm ne  dengan orang yg langsung xdapat?? Kita tak penah fikir, beribu2 orang lagi yg menantikan peluang untuk masuk ke peringkat u. tapi kita yang sudah berada di sini hanya sia2kan je, klu aku yang dulunya satu A pon xde dalam SPM boleh ke peringkat sekarng ni, mcm mana pulak dengan korang yg 5,6 A??

Dan one more thing, rajin2 lah amalkan solat dhuha, percaye lah nikmat Allah akan meningkat jika kite sentiase amalkan solat dhoha. Mungkin bukan in term of duit, mb dgn cara lain,, Allah maha pemurah. Jangan kedekut untuk berdoa. Dan akhir sekali terima kasih Allah, terima kasih ibu bapa ku dan terima kasih Uitm, tanpa ini semua mungkin sekarang ni aku hanyalah nothing.

Wednesday, June 20, 2012

MY INSPIRE… “Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary”


Today… I would like to share about ,,, ceh2..Melayu sudeh!!.. Dah lama aku  xupdate Blog aku ni.. so today!! Aku nak share sikit lah tentang “Orang Melayu Terkaya Di Malaysia”.. beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.. Name die mungkin dah familiar di telinga kita.. tapi  sejauh mana kita tahu tentang dia?? Sebenarnya aku pun xdelah tahu sangat mengenai dia,hehehe.. tapi bolehlah sikit2nak cerita,,coz aku pun dapat maklumat mengenai dia from 2nd sources..hehehe..So hari ni aku nak cerita serba sedikit lah mengenai beliau dan kenapa aku cukup kagum sangat dengan dia…
Let we start dengan dia punya Background…

ž  Full Name            : Tan Sri Syed Mokhtar bin Syed Nor Al-Bukhary
ž  His Family From Hadhramaut Yamen
ž  Year of Born : 1951 (age : 61)
ž  3rd child from 7 sibling
ž  Start involve in Business at 19 years old ( Sale & purchase cow & buffalo)
ž  Total of wealth  : RM 3.3 Billion (2011/2012)
ž  Top 7 riches in Malaysia
    ~  Top 32 riches in South East Asia (Forbes)





 Sources yg. Aku dapat ni adelah yg the latest…

Tan Sri sebenarnya tak suka cerita kan sangat mengeni diri dia…so kalau Korang search mana2 article pasal dia pun…semuanya sama… Seperti mana yg kita tahu dia merupakan orang Melayu paling kaya di Malaysia.. dan share yg. Dia pegang di Malaysia terlalu banyak dan Major compony die adelah MMC Corporation Bhd.. Di mana MMC is a utilities and infrastructure group with interests in Transport & Logistics industry, Energy and Construction. So projek dia bukan hanya focus pada domestic, tapi hingga ke Luar Negara dan kebanyakanya di Timur Tengah. Kalau korang nak tahu lagi, Roti Gardinier yg. Korang makan hari2 tu pun dah menjadi share besar Tan Sri, so senang kata, roti Gardinier dah jadi hak orang melayu dan ini membuat orang cina sangatlah marah dan die orang pun cipta roti baru yang di namakan MASIMO, dan korang boleh tgk. Roti tu sekarang bersepah di kedai2 orang cina dan roti Gardiner hilang di kedai2 orang cina. Ini antara isu yang berlaku sekarang ni, aku dah buat survey dah kedai2 di sekitar dengan rumah aku.heheehe 



Dan apa yang buat kagum dengan dia adalah sikap rendah diri dan sikap pemurah yang ada pada dia, Kalau Korang nak tahu Tan Sri ni belajar tak sampai Universiti pun… Dia sekolah sampai form 5 je dan tak amik spm pun sebab family dia tak mampu bayar yuran pelajaran dia. So lepas tu dia tolong family dia menyara lembu n kambing. Waktu dia sekolah dulu, lepas blik sekolah dia terus tolong mak dan ayah dia bercucuk tanam dan jual sayur-sayuran di pasar. Dari situ dia mula belajar berniaga, dia tak masuk university untuk belajar perniagaan, dia dapat ilmu berniaga semua terus dari pengalaman dia bersama keluarga.

Pada mula dia bekerja, gaji yang dia perolehi sebanyak RM1500 dan mak beliau minta supaya tan sri agihkan separuh dari gaji die sebanyak RM750 kepada orang2 miskin. Dari situ mulanya Charity pertama yg.beliau lakukan. Sekarang ni sudah berbillion donation yang sudah di buat oleh beliau. Antaranya Pembinaan Institut Al-Bukhari di Kedah, tujuan beliau membuka institute Al Bukhari untuk membantu orang2 susah yang ingin belajar dan memberikan biasiswa kepada pelajar2 miskin. 





Beliau tak nak tengok orang lain terima nasib seperti dia di mana ibu bapa belia tak mampu membayar yuran pengajian dia semasa sekolah dulu. Dan dia xpernah pun nak heboh2 kan charity dia yg. Buat, tetapi orang  lain yg. Menceritakan setiap kebaikan yg. Dia buat. Itu lah sikap randah diri yg. Ada pada die yg kita tak Nampak pada org. kaya yang lain dimana setiap kali buat sumbangan je terus masuk paper,TV dan mcm2 lagilah..Walaupun dah berbilion-billion duit beliau buat untuk charity, tapi beliau terus makin kaya dan kaya. Itu yang buat aku kagum sangat dengan dia, mungkin ini lah yang di katakana rezeki  Allah..satu kita bagi pada orang lain, sepuluh Allah balas ganjaranya, tak kisah lah ganjaran di dunia mahupun di akhirat.. dan kita mestilah ingat yang rezeki atau harta tu milik Allah, so kita kenalah berkongsi bersama2 kenikmatannya,, jangan biarkan atau kita tengok saja orang lain susah. Kalau kita ada rezeki lebih sikit kita kongsi2 lah bersama2 dengan orang lain, tak banyak pun, sikit pun dah memadai dari kita tak kongsi langsung… mungkin ini lah yang buat dia menjadi orang Melayu terkaya bebanding orang2 melayu yg. Lain. 

Antara Word yang pernah dia katakan untuk berada di tahap sekarang ini adalah :


Piss : Belajar untuk Jadi Pemurah seperti dia...

Thursday, May 3, 2012

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

                        Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

                        Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

                        Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

                        Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

                        Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

                        Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."



                        Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


                        Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Monday, April 30, 2012

KISAH RASULULLAH BERBICARA TENTANG DAJJAL

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!. 




Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. 


Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.

ALLAH KASIH KEPADA KITA


Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria.......Bertukar mendung seketika.......
Mentari merangkak pergi.......Gumpalan awan bertandang sisi........
Hati gundah.......Tercari-cari.....ke Mana perginya mentari yang dinanti......

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu.......sengsaranya sukmamu........
Mungkin itulah yang Dia mahukan......
kerna....... Dia tahu......
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk DEKAT dan AKRAB dengan-Nya......

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna.......Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selapas hujan sirna kelamnya..........


'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'

(Al-Baqarah:284)