Pages

Thursday, March 31, 2011

Fadhilat HariJumaat ...

Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

  • ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
  • Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
  • Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)." 
Piss; Insya'allah kita amal kan same2 iye...huhuhuhuh

No comments:

Post a Comment