''AKU TIDAK SOLAT TAPI AKU TETAP BERJAYA...'' Itu adalah ISTIDRAJ. Apakah itu ISTIDRAJ..?
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati
yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak,
boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah
berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH
akan dipermudahkan jalan kehidupannya,
tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi,
kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa,
ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang
bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan
sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan
seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah
ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah
seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia
yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj
adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang
melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak
berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha
mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini
banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada
Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan
bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya
tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak
menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam
Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala
pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang
yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila
Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang
daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari…
ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi,
rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam
bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah
yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang
melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam
peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa
kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda
dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika
anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah
badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi
muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah
berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca
bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak
ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari
itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu,
KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“Yang menyekutukan-Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah
sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya?
Tetapi Hamba-Ku yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga,
maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah,
jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau
sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu
semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk
mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih
belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada.
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya,
bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa
bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah
tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin TIDAK..
Anda TENANG sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda
berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa
periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku
berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai
lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar
dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
( Di ambil dari http://www.facebook.com/photo.php?fbid=296948903764108&set=a.140585429400457.27069.140584292733904&type=1 )
Piss : Bnyk sangat dah perkara Istidraj yg Allah dah beri pada ku... ermmm..mari kita muhasabah diri kita...
Sunday, February 17, 2013
Tuesday, February 12, 2013
1/40 Amal Penghampus Dosa
Assalammualaikum.. Hari ni sy nk share 1 dari 40 Amal yg boleh menghampuskan dosa kita..
yg pertama adalah MASUK ISLAM..
Dari Abu Said Al- Khudri, sesunguhnya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :
"Apabila seseorang hamba masuk Islam secara betul dan baik keislamannya, maka Allah mengampuni segala dosa masa lalunya dan setelah itu berlakulah qisas. Satu kebaikan yang dia kerjakan dibals sepuluh kali sehingga 700 ganda. Sedangkan kejahatan yg dikerjakan dibalas sama (satu di bls satu), kecuali Allah berkenan megampunkannya."
Maksudnya jika orang kafir masuk Islam, maka Allah SWT akan mengampuni seluruh kesalahan yang pernah dia lakukan sebelum Islam dan tidak akan menghisabnya. Ini adalh rahmat dan sekali gus anjuran Allah SWT agar manusia memeluk agama Islam meskipun telah banyak mengerjakan dosa dan kesalahan. Itu semua kerana rahmat Allah sangat luas jika mereka memeluk agama Islam.

Ini merupakan 2 dari 9 gadis Cina yg telah mendapat petunuk dari Allah dan memeluk Islam
Lelaki ini merupakan bekas metal punk..di beri petunjuk dan juga memilih untuk berbalik pada agama Allah..
Mereka semua diberi hidayah untuk memilih Islam sebagai agama kehidupan mereka,, mereka merasa kemanisan Islam itu di dalam diri mereka. Selepas mereka melafazkan syahadah.. mereka ibarat bayi yg baru dilahirkan dengan tanpa dosa... Wa'Allahualam.. nantikan lagi 39 amal penghampus dosa yang lain..
Sumber : Buku 40 Amal Penghampus dosa dari Syarin Jasah..
Piss ; walaupun kite di lahirkan Islam... kite xpernah ambil peluang untuk merasa nikmatnya bergama Islam... semoga Hidayah Allah sampi ke hati2 kita... Insya'allah...
Tuesday, December 25, 2012
Forgive me by Maher Zain
I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even though I try to stay awake
everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself
what if my time would end today, today, today,
Can I guarantee that I will get another chance
before it's too late, too late, too late
Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent
Am I out of my mind?
What did I do?
Oh, I feel so bad
And everytime I try to start all over again
my shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away
but temptation is surrounding me
[From: http://www.elyrics.net ]
I wish that I could find the strength
to change my life before it's too late, too late, too late
Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent
I know, Oh Allah, you're the most forgiving
and that you promised to always be there
when I call upon you
So now I'm standing here ashamed of all the mistakes I've commited
Please don't turn me away
and hear my prayer when I ask you to
Forgive me
my heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent
x3
Piss : Lirik lagu ni sangat meaningfull... Ya'allah forgive me...

KISAH AKU & UiTM
Assalammualaikum dan salam sejahtera, nama aku izam, aku merupakan salah seorang pelajar dari UiTM Segamat dan mengambil jurusan Ijazah sarjana Muda Perbankan Islam, Sekarang ni aku sudah pun berada di tahun akhir, dan sedang di ambang final exam. N lepas ni aku akan menyambung praktikal di Melaka. Berbalik pada motif utama cerita ni, aku dari bangku sekolah bukan lah seorang pelajar yang pandai, aku boleh di tergolongkan dalam kategori pelajar yang lemah. Bayangkan subjek Matematik aku just pandai basic Mat je.. tambah,tolak,darab n bahagi je,,,tu pon terkial2 jugak nak kira. Subjek lain lagi lah hancur termasuklah English. Sangat lah teruk. Senang citer SPM aku xde satu pon A, dan yang lain semua cukup2 makan. Dan tak layak langsung untuk masuk U. Tapi aku seorang yg suka berangan dapat masuk U, I mean IPTA lah. Aku tak tahu ape yg boleh buat parents aku gembira, dah lah dia dapat anak yg xpandai macam aku ni, n aku pulak berlagak macam pandai. Susah betul, setengah tahun terlelah pon berlalu, rakan2 ku semua dah melanjutkan pelajaran di IPT. Aku pula masih bekerja, bila aku dan kwan2 duk bersama, mereka akan menceritakan pengalamn belajar di tempat masing2, aku hanya mampu dengar dan senyap, maklumlah xde apa hendak di ceritakan. Rasa ingin berlajar membuak2 dalam diri aku. N suatu hari aku dapat tawaran Belajar di salah satu IPTS di Selangor dalam jurusan Syariah, aku mengeluarkan hasrat pd parents aku, tapi memandangkan time tu umah aku sedang di renovetkan dan parents aku perlukan duit untuk menampong kos renovation. Aku pon mengalah, mungkin bukan rezeki aku time tu, dan seminggu selepas tu aku dapat tawaran PRA DIPLOMA dari Uitm. Aku agak terkejut dan gembira, sebenarnya cousin aku ade cadangkan kan aku apply pra diploma uitm. Dan sesuatu yg xsangka telah pon berlaku, Syukur pada Allah, itulah hikmah yg Allah beri selepas aku tangguhkan untuk sambung di IPTS. Ini satu hikmah yg aku tk sangka coz member aku yg keputusannya better dari aku xdapat pon Pra Dip. Mungkin inilah rezeki aku, dan sebelum aku dapat uitm aku ada berhasrat if aku dapat IPTA, aku akan berlajar rajin2. Akhirnya aku pon masuk lah pra dip di uitm Bukit Besi Terengganu. Kemasukan aku ke UITM tidak di ketahui oleh sedara mara ku, coz aku takut aku tak mampu buat yang terbaik di Pra Dip yang hanya belajar English dan matematik, 2x adalah subjek yg aku sangat lemah. Semua Kuiz pertama aku failed. Dah lah mate Melayu pon aku xboleh perform, ni kan bhasa English, tapi berkat semangat pensyarah Mat aku yg nak kan aku lepas, aku tukar persepsi aku. N sejak tu aku stdy bersunguh2 , aku tak nak malu kan mak n ayah aku disebabkan kebodohan aku sampi kene buang dari uitm, aku berterima kasih pada KP pra time tu coz psiko kite orang habis2san. Terima kasih jgk kat ustaz sekolah aku coz buat aku rasa tercabar dengan2 kate2 die. Finally aku dapat A- untuk Mat, n c untuk Bell. Aku tetap besrsyukur coz aku masih berpeluang untuk mnymbung diploma, berbading rakan2 yg xdapat sambung. Di peringkat diploma pulak rakan2 sekelas ku semua dari Pra dip yg sama, so cara semuanya sama n sedihnya, di semsesta dua, 12 orang dari rakan2 sekelasku yan di berhentikan coz result xperform, aku bersyukur coz aku tergolong di antara yang terselamat. Dan aku hbskan Diploma aku dengan jayanna with result yg biase2je… tp aku tetap bersyukur coz aku diberi peluang untuk smbg ijazah, sehingga sekarang Alhamdulilah result aku 3.o ke atas.
Matlamat aku tulis cerita ni bukan lah apa, Cuma nk bukak
mate orang yg xreti nak bersyukur bila dah diterima masuk U. wlaupon result
korang layak untuk masuk U, jgnlah korang xbersyukur dengan apa yg korang dapat
sekarang, dengan complain sane sini xcukup. Kalau korang berada di tempat aku
mungkin korang akan sangat bersyukur, kalau dulu I have nothing, now I have
something. Ramai lagi orang impikan nak masuk
U, tapi xdapat coz result die orang tak layak. Tapi once kite dah diberi
peluang dan jalan, hargailah dengan bersyukur dan buat dengan
bersungguh-sunguh. Jangan asyik nak complain je sana- sini. Aku bersyukur pada
Allah coz aku diberi peluang untuk Masuk IPTA seperti mana Ibu bapa kita
inginkan. Walaupon aku bukan lah pelajar cemerlang, tapi aku xpenah rasa ingin
berhenti separuh jalan, aku xnak malukan mak dan ayah aku if aku kene buang coz
result xbgus. Cukupalah aku malukan mereka dengan result aku yg teruk dari
zaman sekolah.
Kawan2, apa yg saya cuba sampaikan kat sini, tanamkanlah
rasa syukur kita padaAllah. Kita mungkin bernasib baik terpilih untuk ke u. mcm
ne dengan orang yg langsung xdapat??
Kita tak penah fikir, beribu2 orang lagi yg menantikan peluang untuk masuk ke
peringkat u. tapi kita yang sudah berada di sini hanya sia2kan je, klu aku yang
dulunya satu A pon xde dalam SPM boleh ke peringkat sekarng ni, mcm mana pulak
dengan korang yg 5,6 A??
Dan one more thing, rajin2 lah amalkan solat dhuha, percaye
lah nikmat Allah akan meningkat jika kite sentiase amalkan solat dhoha. Mungkin
bukan in term of duit, mb dgn cara lain,, Allah maha pemurah. Jangan kedekut
untuk berdoa. Dan akhir sekali terima kasih Allah, terima kasih ibu bapa ku dan
terima kasih Uitm, tanpa ini semua mungkin sekarang ni aku hanyalah nothing.
Wednesday, June 20, 2012
MY INSPIRE… “Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary”
Today… I would like to share
about ,,, ceh2..Melayu sudeh!!.. Dah lama aku
xupdate Blog aku ni.. so today!! Aku nak share sikit lah tentang “Orang
Melayu Terkaya Di Malaysia”.. beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..
Name die mungkin dah familiar di telinga kita.. tapi sejauh mana kita tahu tentang dia??
Sebenarnya aku pun xdelah tahu sangat mengenai dia,hehehe.. tapi bolehlah
sikit2nak cerita,,coz aku pun dapat maklumat mengenai dia from 2nd
sources..hehehe..So hari ni aku nak cerita serba sedikit lah mengenai beliau
dan kenapa aku cukup kagum sangat dengan dia…
Let we start dengan dia punya
Background…
Full Name : Tan
Sri Syed Mokhtar bin Syed Nor Al-Bukhary
His Family From Hadhramaut Yamen
Year of Born : 1951 (age : 61)
3rd child from 7 sibling
Start involve in Business at 19 years old ( Sale & purchase
cow & buffalo)
Total of wealth : RM 3.3
Billion (2011/2012)
Top 7 riches in Malaysia
~ Top 32 riches in South East Asia (Forbes)
Sources yg. Aku dapat ni adelah
yg the latest…
Tan Sri sebenarnya tak suka
cerita kan sangat mengeni diri dia…so kalau Korang search mana2 article pasal
dia pun…semuanya sama… Seperti mana yg kita tahu dia merupakan orang Melayu
paling kaya di Malaysia.. dan share yg. Dia pegang di Malaysia terlalu banyak
dan Major compony die adelah MMC Corporation Bhd.. Di mana MMC is a utilities
and infrastructure group with interests in Transport & Logistics industry,
Energy and Construction. So projek dia bukan hanya focus pada domestic, tapi
hingga ke Luar Negara dan kebanyakanya di Timur Tengah. Kalau korang nak tahu
lagi, Roti Gardinier yg. Korang makan hari2 tu pun dah menjadi share besar Tan
Sri, so senang kata, roti Gardinier dah jadi hak orang melayu dan ini membuat
orang cina sangatlah marah dan die orang pun cipta roti baru yang di namakan
MASIMO, dan korang boleh tgk. Roti tu sekarang bersepah di kedai2 orang cina
dan roti Gardiner hilang di kedai2 orang cina. Ini antara isu yang berlaku
sekarang ni, aku dah buat survey dah kedai2 di sekitar dengan rumah aku.heheehe
Dan apa yang buat kagum dengan
dia adalah sikap rendah diri dan sikap pemurah yang ada pada dia, Kalau Korang
nak tahu Tan Sri ni belajar tak sampai Universiti pun… Dia sekolah sampai form
5 je dan tak amik spm pun sebab family dia tak mampu bayar yuran pelajaran dia.
So lepas tu dia tolong family dia menyara lembu n kambing. Waktu dia sekolah
dulu, lepas blik sekolah dia terus tolong mak dan ayah dia bercucuk tanam dan
jual sayur-sayuran di pasar. Dari situ dia mula belajar berniaga, dia tak masuk
university untuk belajar perniagaan, dia dapat ilmu berniaga semua terus dari
pengalaman dia bersama keluarga.
Pada mula dia bekerja, gaji yang
dia perolehi sebanyak RM1500 dan mak beliau minta supaya tan sri agihkan separuh
dari gaji die sebanyak RM750 kepada orang2 miskin. Dari situ mulanya Charity
pertama yg.beliau lakukan. Sekarang ni sudah berbillion donation yang sudah di
buat oleh beliau. Antaranya Pembinaan Institut Al-Bukhari di Kedah, tujuan
beliau membuka institute Al Bukhari untuk membantu orang2 susah yang ingin
belajar dan memberikan biasiswa kepada pelajar2 miskin.
Beliau tak nak tengok
orang lain terima nasib seperti dia di mana ibu bapa belia tak mampu membayar
yuran pengajian dia semasa sekolah dulu. Dan dia xpernah pun nak heboh2 kan
charity dia yg. Buat, tetapi orang lain
yg. Menceritakan setiap kebaikan yg. Dia buat. Itu lah sikap randah diri yg.
Ada pada die yg kita tak Nampak pada org. kaya yang lain dimana setiap kali
buat sumbangan je terus masuk paper,TV dan mcm2 lagilah..Walaupun dah
berbilion-billion duit beliau buat untuk charity, tapi beliau terus makin kaya
dan kaya. Itu yang buat aku kagum sangat dengan dia, mungkin ini lah yang di katakana
rezeki Allah..satu kita bagi pada orang
lain, sepuluh Allah balas ganjaranya, tak kisah lah ganjaran di dunia mahupun
di akhirat.. dan kita mestilah ingat yang rezeki atau harta tu milik Allah, so
kita kenalah berkongsi bersama2 kenikmatannya,, jangan biarkan atau kita tengok
saja orang lain susah. Kalau kita ada rezeki lebih sikit kita kongsi2 lah
bersama2 dengan orang lain, tak banyak pun, sikit pun dah memadai dari kita tak
kongsi langsung… mungkin ini lah yang buat dia menjadi orang Melayu terkaya
bebanding orang2 melayu yg. Lain.
Antara Word yang pernah dia
katakan untuk berada di tahap sekarang ini adalah :
Piss : Belajar untuk Jadi Pemurah seperti dia...
Thursday, May 3, 2012
KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis
laknatullah
itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada
langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada
langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya
adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit
keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut
Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah
masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya
mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang
pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan
anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun
dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat
yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang
tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh
kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
Subscribe to:
Posts (Atom)