Pages

Sunday, December 22, 2013

Trip to Langkawi Disember 2013 (Day 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
So hari ini aku nak sambung cerita di Pulau Langkawi...
For the 2nd day ni kita orang plan ke Cable car di Gunung Mat Chincang.. Nak naik cable car kene lah drive jauh sikit dan berliku2 jalannya... so perjalanan nak ke cable car tu korang akan lalu lah di Telaga Harbour dan pantai Kok... n Cable car tu dekat je dengan Telaga Tujuh... 

 Ni kat pintu masuk Cable Car..


Ni view dalam kawasan cable car... cantik giler view dia...

 Macam kat Oversea x??hahaha

Posed sikit...hahaha..

Kalau korang nak pegi naik Cable Car better pegi pagi2 coz ramai giler bila pegi lambat sikit...dengan cuaca yg sangat panas boleh buat korang sangat stress... tapi jangan lah seawal kita orang..kul 5.30 semua dah bangun bersiap..takut ramai katenye.. lepas sarapan terus gerak ke cable car... sampai sana dalam 8.25 a.m macam tu... Guest what... kite orang 1st sampai sana k.. staff cable car pun xsampai lagi... Counter bukak 9.30 a.m... so tepat kul 9 am orang dah ramai giler berantur tunggu kaunter bukak... harga tiket RM30... tapi kalau kita tunjuk IC.. dapat half price...so RM15... tapi make sure semua IC ditunjukkan di kaunter tiket....hehehe

ni rupe tiket naik cable car..

Biarlah gambar bebicara...malas nak type...hahaha..
Penat menuggu...






 Tak sangka kat puncak jumpa generasi Mahsuri yg ke 45..teruja sangat terus snap gmbar dia..













Turun je jumpa anak mat salleh ni..pandai die pose..hahah..

So lepas sudah di Cable Car...kita orang pun pergi ke Telaga Harbour untuk snap picture and balik bilik sewa dan tido...keran cuaca sangat panas dan buat kami rasa sangat kering...hahahhaa...layan..










Petang tu kita orang Mula2 Plan nak g Makam Mahsuri then g Pantai Pasir Tengkorak... tapi bila sampai Makam Mahsuri...punyelah ramai manusia dan kena bayar RM7 untuk masuk...so kita orang pun malas dan just g ambil gambau je pon cukup...


 Lepas dah bergambar kita orang Move to Pasir Tengkorak...setelah jauh perjalanan kita orang lalui nak ke sana.. suddenly bila sampai sana... Pantai tu dah ditutup n kate salah seorang orang situ pantai tu dah di jual ke swasta...so kita orang move ke atas lagi pergi mandi di air terjun temurun...boleh tahan...tapi memandangkan Langkawi xujan...so air dia xbanyak sangat...










 Lepas mandi kita orang terus balik... penat!!!...haha..

Tuesday, December 17, 2013

Trip to Langkawi Disember 2013 (Day 1)

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Rasanya lama tak update blog ni... BZ sangat rasanya..
BZ ke?? hahaha.. entry kali ni aku nak share sikit experience percutian bersama click2 dari zaman sekolah di Permata Kedah iaitu Pulau Langkawi...hehehe

Ni click2 yg Menyertai rombongan Cik Kiah ni...

So we start dengan persiapan b4 ke Langkawilah.. memandangkan kami travel sendiri tanpa mengunakan mana2 ejen..so persiapan seperti penginapan, transportation, dan aktiviti di sana mesti di rancang dengan lebih awal coz kami pergi during school holiday...so ramai sangat orang dan memandangkan minggu setrusnya adalah Magika di Langkawi...so orang sangat ramai dan berpusu2.. hahahah..

So...

Kami bertolak 12.12.13 Malam dari Melaka dengan menaiki Bas Swarna Bumi yg orang sangat suka dikomplen oleh penumpangnya... aku dapat tahu pun orang komplen selepas aku beli tiket.. So kami tawakal saja... Kami bertolak dari Melaka Central ke Kuala Perlis dengan harga tiket RM 60.. Alhamdulilah kami sangat berpuas hati dgn perkhidmatan bas Swarna Bumi... sangat selesa dan sampai dengan sangat awal...hahaha..laju kot...

Ni Bukti tiket Swarna Bumi...hehehe..tak tipu k..

Sebenarnya Bas ke Kuala Perlis sangat banyak...so korang yg nk travel naik bas macam kami..bolehlah pilih bas yg korang percaya dan korang minat...kalau tak tahu ikut naluri korang je macam aku...hahaha..tapi bas dari Kuala Perlis ke Melaka sangat terhad..so naik je lah bas yang ada..

Day 1..

Kami sampai di Terminal Bas Kuala Perlis dalam 6.15 a.m macam tu.. sampai je kita orang terus berjalan kaki ke Jeti Kuala Perlis... Better sebenarnya naik feri dari Kuala Perlis berbanding naik dari Jeti Kuala Kedah..sebabnya korang cari lah... hahaha.. Harga tiket feri ke Pulau Langkawi RM18je.. kalau naik dari Kuala Kedah RM23 kalau tak silap..

Ni tiket Balik...tiket pergi dah mana campak ntah...haha

Sampai je Pulau..kami terus call brother kete sewe yg kita org dah book kete dgn dia iaitu Proton Iswara dengan harga RM80 satu hari...but unfortunately bila call  dia cakap Iswara tak ada n dia hantar orang lain kat JT untuk settlekan problem ni... OMG.. on that time we are really stress...dgn cuaca yg sangat panas buat kita orang jd lbh stress n rase nak marah je.. So bila wakil keta sewe tu sampai... Brother tu cakap kete Iswara tu tak ada n yg ada hanyalah kete Proton Waja dengan harga RM100 dia bagi discount dr harga sebenar dia RM120.. Then kita orang hanya perlu bayar selebihnya dari deposit yg kita org dah bayar sebanyak RM80 mengikut harga kete Iswara... dengan muka masing2 yg sangat stress kita org accept je coz dah byar deposit..(lari bajet kot) tp thanks kat brother kete tu coz x mna extra charge coz kita org lambat pulang...supposed hantar kul 12.30pm.. tp kita org hantar kul 3.40p.m... hehehe.. 

Guys..apa yg nak di nasihatkan disini... kalau korang booking kete awal..benda yg korang make sure kan ialah...org yg korang deal tu sama ada dia ejen atau dia memang owner kete sewa tu..klu ejen..nasib korang boleh jadi macam kita orang..hahaha..

 Ni lah kete sewe kita orang..ko mampu??hahaha..

Ni lah Proton Waja yg kita orang sewe..Oklah..selesa..

So lepas dah settle bayar duit keta RM300 untuk 3 hari + RM50 duit kunci..kami pun terus gerak ke penginapan kami di Padang Masirat betul2 bertentangan dgn Hospital Besar Langkawi... kita orang stay kat JNT Langkawi.. bukan hotel,chalet,motel,apartment dan sebagainya... tapi hanya bilik sewa..  kalau tengok dari luar...mcm cybercafe.. tp dalam dia ok lah...selesa jugak dengan harga yg bagi kami agak murah... 4 Hari 3 Malam RM300 untuk bilik family.. plus owner dia yg sangat baik dan membantu... JNT Langkawi ni berada antara Pekan Kuah and Pantai Cenang... So kalau nak pg mana2pun takdelah jauh sangat...lg pun Pulau Langkawi tu pun bukan nye besar sangat...hehehe


 Ni view dalam bilik JNT Langkawi..oklah...

Ni kat luar JNT Langkawi...

Kalau korang nak pegi Langkawi n masih tak dapat penginapan... try lah JNT ni... Insya'allah ada kosong.. korang boleh chek it out kat website dia.. http://www.langkawibiliksewamurah.com/ harga dia pun murah...hehehe..

Sampai je bilik kita orang terus tido n bersiap untuk pegi mandi air terjun...hehehe... Mula2 kami pegi Lubok sembilang..tapi Lubok sembilang tak memuaskan hati kita orang coz air dia biase2 aje... then lepas dah basuh2 kaki n celup badan skit...kami pun move to next Air terjun di Telaga Tujuh..sangat cantik n best tempatnya... hehehehe...

Biar gambar berbicara...








 Posing skit....

Cantik kan?? hahaha... so ini saja untuk cerita di hari pertama... lepas mandi kami pun terus gerak ke Pasar Malam berdekatan..beli makanan tempatan n lepas makan2 kami terus balik bilik coz sangat letih... hehehe...

Tuesday, November 5, 2013

Assalammualaikum... Lama tak update blog... hari ini saya ada satu kata semangat untuk dikongsi bersama agar saya dan anda semua dapat memajukan diri ke arah yang lebih baik pada masa2 akan datang.... di samping kita meniti ke tahun baru Islam..


Piss : Walau kita diberi peluang untuk kembali ke masa lampau sekalipun... belum tentu kita mampu merubah kehidupan kita hari ini..kerana masa akan tetap meningalkan kita setiap saat kita menoleh ke belakang...(ingatan untuk diriku yg lemah ini)

Sunday, February 17, 2013

ISTIDRAJ - Aku Tak Solat pun aku boleh berjaya!

''AKU TIDAK SOLAT TAPI AKU TETAP BERJAYA...'' Itu adalah ISTIDRAJ. Apakah itu ISTIDRAJ..?






Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“Yang menyekutukan-Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi Hamba-Ku yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin TIDAK..

Anda TENANG sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


( Di ambil dari  http://www.facebook.com/photo.php?fbid=296948903764108&set=a.140585429400457.27069.140584292733904&type=1 )


Piss :  Bnyk sangat dah perkara Istidraj yg Allah dah beri pada ku... ermmm..mari kita muhasabah diri kita...

Tuesday, February 12, 2013

1/40 Amal Penghampus Dosa

Assalammualaikum.. Hari ni sy nk share 1 dari 40 Amal yg boleh menghampuskan dosa kita..
yg pertama adalah MASUK ISLAM..

Dari Abu Said Al- Khudri, sesunguhnya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :

"Apabila seseorang hamba masuk Islam secara betul dan baik keislamannya, maka Allah mengampuni segala dosa masa lalunya dan setelah itu berlakulah qisas. Satu kebaikan yang dia kerjakan dibals sepuluh kali sehingga 700 ganda. Sedangkan kejahatan yg dikerjakan dibalas sama (satu di bls satu), kecuali Allah berkenan megampunkannya."

Maksudnya jika orang kafir masuk Islam, maka Allah SWT akan mengampuni seluruh kesalahan yang pernah dia lakukan sebelum Islam dan tidak akan menghisabnya. Ini adalh rahmat dan sekali gus anjuran Allah SWT agar manusia memeluk agama Islam meskipun telah banyak mengerjakan dosa dan kesalahan. Itu semua kerana rahmat Allah sangat luas jika mereka memeluk agama Islam.


Ini merupakan 2 dari 9 gadis Cina yg telah mendapat petunuk dari Allah dan memeluk Islam


Lelaki ini merupakan bekas metal punk..di beri petunjuk dan juga memilih untuk berbalik pada agama Allah..

Mereka semua diberi hidayah untuk memilih Islam sebagai agama kehidupan mereka,, mereka merasa kemanisan Islam itu di dalam diri mereka. Selepas mereka melafazkan syahadah.. mereka ibarat bayi yg baru dilahirkan dengan tanpa dosa... Wa'Allahualam.. nantikan lagi 39 amal penghampus dosa yang lain..

Sumber : Buku 40 Amal Penghampus dosa dari Syarin Jasah..

Piss ; walaupun kite di lahirkan Islam... kite xpernah ambil peluang untuk merasa nikmatnya bergama Islam... semoga Hidayah Allah sampi ke hati2 kita... Insya'allah...

Tuesday, December 25, 2012

Forgive me by Maher Zain

I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even though I try to stay awake
everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself
what if my time would end today, today, today,
Can I guarantee that I will get another chance
before it's too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do?
Oh, I feel so bad
And everytime I try to start all over again
my shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away

but temptation is surrounding me
[From: http://www.elyrics.net ]

I wish that I could find the strength
to change my life before it's too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

I know, Oh Allah, you're the most forgiving
and that you promised to always be there
when I call upon you
So now I'm standing here ashamed of all the mistakes I've commited
Please don't turn me away
and hear my prayer when I ask you to

Forgive me
my heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent
x3


Piss : Lirik lagu ni sangat meaningfull... Ya'allah forgive me...

KISAH AKU & UiTM



Assalammualaikum dan salam sejahtera, nama aku izam, aku merupakan salah seorang pelajar dari UiTM Segamat dan mengambil jurusan Ijazah sarjana Muda Perbankan Islam, Sekarang ni aku sudah pun berada di tahun akhir, dan sedang di ambang final exam. N lepas ni aku akan menyambung praktikal di Melaka. Berbalik pada motif utama cerita ni, aku dari bangku sekolah bukan lah seorang pelajar yang pandai, aku boleh di tergolongkan dalam kategori pelajar yang lemah. Bayangkan  subjek Matematik aku just pandai basic Mat je.. tambah,tolak,darab n bahagi je,,,tu pon terkial2 jugak nak kira. Subjek lain lagi lah hancur termasuklah English. Sangat lah teruk. Senang citer SPM aku xde satu pon A, dan yang lain semua cukup2 makan. Dan tak layak langsung untuk masuk U. Tapi aku seorang yg suka berangan dapat masuk U, I mean IPTA lah. Aku tak tahu ape yg boleh buat parents aku gembira, dah lah dia dapat anak yg xpandai macam aku ni, n aku pulak berlagak macam pandai. Susah betul, setengah tahun terlelah pon berlalu, rakan2 ku semua dah melanjutkan pelajaran di IPT. Aku pula masih bekerja, bila aku dan kwan2 duk bersama, mereka akan menceritakan pengalamn belajar di tempat masing2, aku hanya mampu dengar dan senyap, maklumlah xde apa hendak di ceritakan. Rasa ingin berlajar membuak2 dalam diri aku. N suatu hari aku dapat tawaran Belajar di salah satu IPTS di Selangor dalam jurusan Syariah, aku mengeluarkan hasrat pd parents aku, tapi memandangkan time tu umah aku sedang di renovetkan dan parents aku perlukan duit untuk menampong kos renovation. Aku  pon mengalah, mungkin bukan rezeki aku time tu, dan seminggu selepas tu aku dapat tawaran PRA DIPLOMA dari Uitm. Aku agak terkejut dan gembira, sebenarnya cousin aku ade cadangkan kan aku apply pra diploma uitm. Dan sesuatu yg xsangka telah  pon berlaku, Syukur pada Allah, itulah hikmah yg Allah beri selepas aku tangguhkan untuk sambung di IPTS. Ini satu hikmah yg aku tk sangka coz member aku yg keputusannya better dari aku xdapat pon Pra Dip. Mungkin inilah rezeki aku, dan sebelum aku dapat uitm aku ada berhasrat if aku dapat IPTA, aku akan berlajar rajin2. Akhirnya aku pon masuk lah pra dip di uitm Bukit Besi Terengganu. Kemasukan aku ke UITM tidak di ketahui oleh sedara mara ku, coz aku takut aku tak mampu buat yang terbaik di Pra Dip yang hanya belajar English dan matematik, 2x adalah subjek yg aku sangat lemah. Semua Kuiz pertama aku failed. Dah lah mate Melayu pon aku xboleh perform, ni kan bhasa English, tapi berkat semangat pensyarah Mat aku yg nak kan aku lepas, aku tukar persepsi aku. N sejak tu aku stdy bersunguh2 , aku tak nak malu kan mak n ayah aku disebabkan kebodohan aku sampi kene buang dari uitm, aku berterima kasih pada KP pra time tu coz psiko kite orang habis2san. Terima kasih jgk kat ustaz sekolah aku coz buat aku rasa tercabar dengan2 kate2 die. Finally aku dapat A- untuk Mat, n c untuk Bell. Aku tetap besrsyukur coz aku masih berpeluang untuk mnymbung diploma, berbading rakan2 yg xdapat sambung. Di peringkat diploma pulak rakan2 sekelas ku semua dari Pra dip yg sama, so cara semuanya sama n sedihnya, di semsesta dua, 12 orang dari rakan2 sekelasku yan di berhentikan coz result xperform, aku bersyukur coz aku tergolong di antara yang terselamat. Dan aku hbskan Diploma aku dengan jayanna with result yg biase2je… tp aku tetap bersyukur coz aku diberi peluang untuk smbg ijazah, sehingga sekarang Alhamdulilah result aku  3.o ke atas.


Matlamat aku tulis cerita ni bukan lah apa, Cuma nk bukak mate orang yg xreti nak bersyukur bila dah diterima masuk U. wlaupon result korang layak untuk masuk U, jgnlah korang xbersyukur dengan apa yg korang dapat sekarang, dengan complain sane sini xcukup. Kalau korang berada di tempat aku mungkin korang akan sangat bersyukur, kalau dulu I have nothing, now I have something. Ramai lagi orang impikan nak masuk  U, tapi xdapat coz result die orang tak layak. Tapi once kite dah diberi peluang dan jalan, hargailah dengan bersyukur dan buat dengan bersungguh-sunguh. Jangan asyik nak complain je sana- sini. Aku bersyukur pada Allah coz aku diberi peluang untuk Masuk IPTA seperti mana Ibu bapa kita inginkan. Walaupon aku bukan lah pelajar cemerlang, tapi aku xpenah rasa ingin berhenti separuh jalan, aku xnak malukan mak dan ayah aku if aku kene buang coz result xbgus. Cukupalah aku malukan mereka dengan result aku yg teruk dari zaman sekolah.
Kawan2, apa yg saya cuba sampaikan kat sini, tanamkanlah rasa syukur kita padaAllah. Kita mungkin bernasib baik terpilih untuk ke u. mcm ne  dengan orang yg langsung xdapat?? Kita tak penah fikir, beribu2 orang lagi yg menantikan peluang untuk masuk ke peringkat u. tapi kita yang sudah berada di sini hanya sia2kan je, klu aku yang dulunya satu A pon xde dalam SPM boleh ke peringkat sekarng ni, mcm mana pulak dengan korang yg 5,6 A??

Dan one more thing, rajin2 lah amalkan solat dhuha, percaye lah nikmat Allah akan meningkat jika kite sentiase amalkan solat dhoha. Mungkin bukan in term of duit, mb dgn cara lain,, Allah maha pemurah. Jangan kedekut untuk berdoa. Dan akhir sekali terima kasih Allah, terima kasih ibu bapa ku dan terima kasih Uitm, tanpa ini semua mungkin sekarang ni aku hanyalah nothing.