Pages

Friday, February 11, 2011

Kisah Syaitan Bernama Khanaz..

Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.

Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.

Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..."

"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir. .. "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.

Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!" Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.

"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam.

"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.
Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ½Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat. Syaitan Khanaz nie tugas dia.

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz
ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH.

Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam. ...

Piss : Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.




Mulakan hari anda degan Bismillah..


Lagu tentang Cicak...

Satu hari ni...sedang hambe tido keletihan pulang dari kelas....tibe2 hambe dpat arr satu pangilan dari Lecrer hambe, Puan Hasmida name iye...huhuhuhu...ermmm...dgn excited nye Puan ku pon berkate, Zam cube cari lagu cikgu ape ntah, tajuk die cicak...Ko mesti tergelak dengar lagu die (sambil gelak)...hambe pon gelak lah jugak tapi bkn kerana lagu tu, tapi kerana gelakan yg unik dari Puan Hasmida ku itu..huhuhhu..Tanpe melengahkan mase hambe pon trus bgun dari tido dan terus search lagu Cicak nyanyian cikgu ape ntah kat You tube... Bile jumpe mmg hambe tergelak2...lirik die yg agak unik dan kelakar..hehehe.. Nyanyian dari Arwah Cikgu Naim...huhhu...jom zass...


Upss....lupe nak pesan..lagu die dlm bahase Kelantan...heheheh..harap maaf bagi sesapa yg xpaham iye..huhhuh

Piss : Ini lah lagu die...sambil2 dengar tu jom lah kite sedekah kan Al Fatihah untuk Cikgu Naim..Al- Fatihah..

Wednesday, February 9, 2011

Cerita Gelagat cicak..

Seorang manusia sedang memerhati 2 ekor cicak si siling rumahnye. Cicak pertama mempunyain saiz badan yang cukup gempal. Cicak ke2 pula bersaiz biase. Sedang manusia ini khusuk perhati ke2x cicak itu, tiba2 yg bersaiz gempal itu jatuh terlentang ke lantai dan ketika terjatuh, perutnye terburai sedikit. Ketika cicak gempal terjatuh, yg sekor lagi tidak semena2 mengangkat ke2x kaki hadapanye serentak, dan kemudian turut terjatuh ke bawah seperti cicak gempal tadi. Bezanya, yg ke2 ini perutnya tidak terburai seperti yg pertama. Apabilayg ke2 ini sudah mendarat ke lanatai. ia mendekati cicak yang cedera terburai perut dan berlakulah dialog antara ke2xnye.


Cicak saiz Biasa :
"Macam mane engkau boleh jatuh dari siling?"
Cicak saiz gempal :
"Aku terlebih makan, hingga tertidur lalu terbabas, yang engkau pula mcm mane leh jatuh??"
Cicak saiz Biase :
ketika engkau terjatuh, aku nak bersorak dengan bertepuk tangan dan ini menyebabkan aku hilang pertimbangan lalu turut terbabas."





Pokke Sejenis Cicak jugak..

Cicak Biru..

Piss : Dalam meneruskan kehidupan, makan biarlah berpada2 dan sederhana sahaja. Di samping itu jangan sama sekali gembira dengan kejatuhan orang lain...mari lah kita sama2 memperbaiki setiap kelemahan kita... insya'allah...

Saturday, February 5, 2011

Cerita Hari Keluarge Hambe...

Hujung Tahun Lepas..Seluruh ahli keluarge blah Mak hambe, ade wat Family day kali ke2 kat D'Nelayan Resort Pangkalan Balak....Seronok yg tak terhingga ku rase...Dah lame xberkumpol ramai2 ngan semua family....lebih mengeratkan silaturahim antare sedare mare...huhuhuhuhuh...jom zasssss pic2 yg di capture...huhuhhuhu


With My cousin2...


 
 This Call Anak2 Mude Waris Datuk Nenek Kami...


 Malam yg Indah Untuk Snap Pic. Kat Tepi Kolam..











 Pandai Sedare Mare aku Ni Berposing erk,,,,hhuhhu
 Semangat Satu Malaysia.....hahahahahah
 Semangat hamba memegang Bena..
 D'Nelayan Pose Terbaik...
 Berbaris panajang2...........
 Ini lah bena Kami Sekeluarge...
 Ini lah Waris2 Hjh. Noh & Sidang Yakmat...
 Bye Bye....Ala2 misworld gitu!!!
 Black is Interesting!!!
 Belon2 yang mewarnai hari kami....
 Bermandi Mande anak2 buah aku...hahahhah


Ini lah Mak Long kami Merangkap mcam nenek kami....Sayang Mak long...huhuhuh











Ini Saje Gambar2 yg boleh di Kongsi Pada Sekalian..nak tgk gmbbar lagi mintak le kat Hambe k...hahahahah

Tuesday, January 18, 2011

Renungan untuk kita bersama...

Kisah ini saya terbaca di FB seoarang hamba Allah ini...marilah kita bersama2 ambil ikthibar & pengajaran dari kisah ini...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat." "Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.."Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa." "Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Thursday, January 13, 2011

SEPULUH WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1.Apabila mendengar azan maka
bangunlah sembahyang serta-merta walau
bagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilah
buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-
majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah
dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertutur
dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah satu-satunya
syiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-
apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi
apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana
hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau
kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-
sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih
nyaring daripada kadar yang yang
nyaring itu adalah suatu resmi yang
sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-
umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah
bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan
setiap Muslimin yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah kita ialah
berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih
banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanlah masa dengan
sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya


Marilah kita saling sama ingat mengingati satu sama lain...

Percutiann Bersama Awok ke Kolam Air Panas Lah..

Time Cuti Sem lepas...pas 2 minggu aku duk kat Umah..aku kene g ke Uitm Balik untuk jadi Mc pembace name sempena Konvo...Before g ke Dungun..aku ke Jerteh dulu...aku g Kolam Air panas Lah..Aku g dgn awok2 Ganu nie..mmg best arr...1st time aku g ke sane ngan awok nie...tq awok2...Syg aku kat korang...huhuhuhuh...Pasni kite pg lg op??


 1st Picture yg kite org snap kat kolam Air Panas nie..

 Boem Smart sekali antare kite orang nie..
 
 Makang Kepuk lekong...huhuhu
 
 Peace no War By Mat Rock..heheheh
 
 Panas giler Bowh..
 
 Ini Lah die Ke Unikan dan Keindahan ciptaan Allah..
.
 Ini lah kereta yg Membawa kite owang ke Sane..Tq Yu.
 
Yu, Mat Rock, Boem, Faiz, Zaim, & Zam..Trip to be remember..

Hope Fully next time awok2 nie dtg lah Melake pulop...huhhuhhuuhuhuhu..